Rindu laaaa !






assalamualaikum dan selamat petangg ! nampak tak tiga gambar makhluk asing kat atas nie ? tipuu la kalau korang cakap nampakk . nak menipu je kejenyee :) . aku letak gambar manusia kan ? btw , aku letak tiga gambar manusia yang aku rindu sangat sangat . Nurul Faidatul Sofea , Wan Zaleha , Ummu Nawwar .

mesti korang tertanya tanya kan kenapa aku rindu dorang padahal sekolah sama . Btw , aku lupe nak update yang aku da pindah sekolah *padahal malas* . aku dah pindah ke SMK Bandar Baru Sungai Long . aku tak masuk belajar lagi sebab ada beberapa urusan yang belum aku siapkan :) . soo kiranya aku maseh bercuti . ahahaha :D

tadi aku pegi la SMK Desa Petaling kejap and then aku terpandang la kelas aku . almaklum la kelas tu kan bole nampak jalan :) . aku nampak fyya dengan wan . weyh , aku rindu gegila kat korang tauk ! aku terpandang tempat duduk aku dalam kelas . kosong . tempat duduk aku yang terhebat , aku rindu kau jugak . tempat tu aku sorang je duduk tapi best laa sebab bole makan *kantoi , tido dengan tenang . aku rindu nak rehat dengan suhana , fyya , ropiyanti , wan , syatirah . rindu nak lepak kat LORONG GELAP . rindu nak usha budak comel jugakk . haha , apee la aku niee kan ? semua aku nak rindu .

Senang cerita la kan , aku rindu dekat kawan kawan aku dan kelas 4 Sains 2 :) . aku mintak maaf sebab aku pindah secara mengejut oke ! bukan niat akuu tauu . oke la , sampai sini saje update aku kali ini . lain kali aku update lagi ekk *cakap macam rami pulak yang bace blog kau fyra * . bubyee , perut ku lapar laaa :D


Blog Hak Milik Syafirah Addawayyah