Tips menjaga KUKU :)

heyhey . sekarang nie aku nak post pasal TIPS MENJAGA KUKU . aku nak buat tips nie sebab aku ada satu tabiat buruk iaitu SUKA MENGGIGIT KUKU . tabiat nie memang dari kecik ke besar memang aku tak bole ubah . soo , korang jangan ikut tau tabiat aku nie . sebelum bace tips nie , lebih baik korang bace bismillah dulu yeee :)

Memastikan tata rias kuku bertahan lama, sapukan minyak kutikel pada lapisan atas kuku selepas rawatan bagi membantu mengekalkan kesan kilat dan lembap. Kesannya berpanjangan selepas sehari melakukan rawatan. Mengekalkan kecantikan kuku, sapukan ia dua hari sekali supaya sentiasa nampak berkilat dan baru

# Gunakan minyak kutikel khas supaya ia menjadi lembut dan lembap. Minyak kutikel membantu mengelakkan kutikel kasar dan kering daripada timbul.

# Elakkan kulit daripada kering bagi menjaga kuku kaki dan tangan kelihatan muda remaja. Minum air sebanyak mungkin. Selain itu, sapu losyen kaya dengan kolagen yang boleh menyerap kulit tangan, kaki serta lebihkan ia pada bahagian yang sangat kering.


# Lakukan rawatan kuku sekerap mungkin, sekurang-kurangnya dua minggu sekali untuk rias kuku tangan dan sekali sebulan untuk rias kuku kaki. Jangan biarkan ia dibiar lama tanpa penyelenggaraan seterusnya.

# Bagi mengekalkan kuku sentiasa dalam keadaan baik, lindungi kuku daripada sebarang benda yang boleh merosakkan dan menjadi rapuh. Lindungi dengan cara menyapu minyak khas pada permukaan kuku dan bahagian atas selepas mewarnakannya.

# Untuk hasil terbaik, gilap kuku terlebih dulu bagi melindungi ia daripada pecah.

# Kuku kaki lebih terdedah kepada kesakitan dan kekeringan kerana salah memakai kasut. Amalkan dengan mengeringkan kaki dengan betul dan periksa tapak yang pecah dan kering yang boleh merangsang pertumbuhan bakteria.

# Gunakan berus kuku dan berus penyental bagi membuang sel kulit mati di tapak kaki. Jika kaki terkena jangkitan bakteria, sapukan bedak. Stokin jenis kain kapas membantu menyerap kelembapan. Sapu losyen pelembap setiap malam yang kaya dengan mentega shea dan vitamin E supaya kaki lembut dan lembap sentiasa.


p/s : kalau tips yang aku bagi nie salah , korang salahkan internet . ade faham ?

status : menggigit kuku sambil update :)



Blog Hak Milik Syafirah Addawayyah